Tuesday, 12 February 2013

Cinta DIA atau dia =')



 “Ya Allah, kurniakanlah perasaan cinta kepada-Mu, dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai dari air sejuk bagi orang yang kehausan.”    

Hidup tanpa cinta, umpama empangan yang sedang kekeringan. Manusia yang kering hatinya dari basahan cinta Allah adalah manusia yang kering, kasar, keras, sombong dan kosong hatinya. Kasar dan lunak hati kita tertakluk sebanyak mana peratus kegersangan dan jumlah cinta yang ada dalam hati. Kebanyakan manusia hari ini gersang dari menyintai Allah. Kemelut dunia yang berlaku di dunia hari ini lahir dari manusia yang tiada belas kasihan sesama manusia dan cinta kepada Tuhannya.


Di sebalik cinta kita dambakan kepada manusia sebenarnya ada rahsia cinta Allah. Kita menyayangi manusia kerana ia adalah kekasih, pasangan suami atau isteri, anak-anak, ibu bapa, saudara mara atau sahabat. Siapakah yang mencetuskan perasaan kasih dan cinta ini? Perasaan kasih dan cinta itu sebenarnya datangnya dari Allah SWT. Perasaan belas kasihan kita terhadap anak yatim, ibu tunggal, orang tua yang sakit, orang fakir miskin, orang dalam kesusahan dan kemalangan tidak lain adalah terbit dari percikan sifat kasih sayang Allah SWT kepada makhluk-Nya. Maka, sekiranya kita ingin meraih pandangan rahmat-Nya, maka kita hendaklah membantu orang-orang yang lemah dan teraniaya, kerana di situ tersisip rahsia kasih sayang Allah SWT kepada kita. Inilah rahsia yang diungkapkan oleh al-Ghazali dalam “Kimia Kebahagiaannya”.


Mulut sentiasa berbicara tentang cintakan ilahi,namun hati sibuk mencari cinta pujaan hati.Suara lantang menegakkan kebenaran,namun jiwa ingin merasai nikmat percintaan yang tida ditabalkan.Munajat mengalir diruang lidah,namun jasad tak kuat bermujahadah.Kita kata sayang DIA,tapi hakikatnya si dia tetap pertama di sanubari kita.Kita janji dalam solat yang hidup dan mati kita hanya untukNYA tapi usaha kita lebih ke arah mengejar cinta si dia.Kita impikan syurga,namun jalan ke neraka yang memenuhi langkah kita.Adakah kita letakkan DIA hanya dibibir tanpa membuktikannya?Kerana dia ,kita pinggirkan DIA.Adakah DIA berpuas hati?tepuk dada,tanya iman kita yang masih berbisa.



Hubungan dengan Allah adalah kekuatan utama dalam kehidupan kita. Bila kita tinggalkannya, maka lemahlah kita. Kalau kelemahan itu tidak kelihatan di dunia, ia akan kelihatan sangat jelas di akhirat sana.

Hidup ini bukanlah pertandingan siapakah pasangan paling best BERCINTA SEBELUM NIKAH dan mendekatkan diri mereka dengan AZAB NERAKA


TETAPI pertandingan siapakah pasangan yang paling best BERCINTA SELEPAS NIKAH dan mendekatkan diri mereka dengan NIKMAT SYURGA


Cinta yang diredhai ALLAH, semakin mencintai..semakin MENGINGATI ALLAH, semakin menyayangi..semakin MENDEKATI ALLAH..itulah sebenar-benarnya


♥ ♥ Hidup Ini Biarlah ALLAH S.W.T SAYANG ♥ ♥

Salam muhasabah bersama =')













✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

3 comments:

aLia aLi said...

aku suka part yg kau tlis mulut kta cnta ilahi,hti kata cnta pd pjaan hti....tpi mlgnya aku dua 2 pd pujaan hti...sobbs sobbs....

NaJaH RaZaK said...

aku pun suka ayat tu..ayat tu la yang jadi ayat motivasi ak time terleka :'(

cahaya kesaksian said...

blog yg bermanfaan ut ! troskan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...