Seorang doktor meluru masuk ke ruang
hospital dalam keadaan tergesa-gesa selepas mendapat panggilan kecemasan dari
pihak hospital. Dia menukar pakaian dan terus meluru ke blok pembedahan.. Dia
mendapati ayah kepada budak yang berada dalam bilik pembedahan sedang berdiri
menunggunya. Apabila si ayah melihat doktor itu, dia terus berteriak.
“Kenapa kamu ambil masa yang lama untuk datang..?? Kamu tahu tak anak saya
dalam bahaya sekarang nie..?? Kamu tak ada rasa bertanggungjawab ke??”
Doktor tersebut
tersenyum dan berkata :
“Saya minta maaf, saya
berada di luar hospital dan saya datang sepantas yang mungkin selepas mendapat
panggilan kecemasan tu.. dan sekarang, saya harap anda bertenang. Jadi, saya
dapat buat kerja saya.”
“Bertenang kamu kata..?!
Kalau anak kamu berada dalam bilik tu sekarang nie, bolehkah kamu bertenang!??
Kalau anak kamu mati sekarang nie apa yang kamu buat..?? Kata si ayah dengan
marah.
Si doktor
tersenyum lagi dan berkata :
“Saya akan kata
bahawa Allah telah berfirman dlm kitab-Nya yg suci “Daripada Allah kita datang
dan kepada-Nya kita kembali“. Doktor tak mampu untuk memanjangkan hayat
seseorang. Insya-Allah kami akan cuba yang terbaik untuk anak kamu.”
“Memberi nasihat bila
kita tak mengalaminya memang senang!!!” gumam si ayah.
Pembedahan itu mengambil
masa beberapa jam. Tak lama kemudian, si doktor keluar dengan gembira.
“Alhamdulillah, anak anda
selamat!”, Dia terus berjalan tanpa menghiraukan si ayah. “Kalau kamu ada
sebarang soalan, kamu boleh tanya jururawat.”
“Kenapa doktor tu sombong
sangat?! Tak boleh ke dia tunggu beberapa minit supaya saya dapat tanya
beberapa soalan tentang anak saya?”, komen si ayah selepas melihat jururawat.
Jururawat itu berkata sambil
air mata mengalir di pipinya, “Anaknya meninggal dunia semalam dalam kemalangan
jalan raya. Dia berada dalam upacara pengebumiaan anaknya ketika kami
menghubunginya untuk pembedahan anak encik.. Dan sekarang dia telah pun
menyelamatkan nyawa anak encik, dia tergesa-gesa untuk menghabiskan upacara
pengebumiaan anaknya..”
Never judge anyone because you never know how their life is and what they're going through ♥
Kita
sebagai manusia, selalu salah sangka terhadap orang.
Apatah
lagi kita hanya manusia biasa, yang tidak ada apa-apa,
senang
sangat nak su'uzon kat orang.
Ana
belajar dari seorang manusia, dia sangat tenang, tak pernah gelabah,
menjadi
seorang pemimpin yang sangat hebat,
di
saat ada masalah, dia masih boleh tersenyum indah,
mengatakan
sabar adalah segala-galanya.
Ana
belajar segala-galanya dari dia..
People often blame the darkness,whereas they can light a candle.
4 comments:
Simple story~ tapi sgt menyayat. Huhuhu. :'(
sntiasa lah kita cuba bersangka baik.
sob2 =(
blogwalking from http://beritaremajaonline.blogspot.com/
=')
Post a Comment