Saturday, 23 February 2013

Hati Sebak !


Alhamdulillah malam ni sihat sikit dari semalam and pagi tadi..kebah sikit demam ni..alhamdulillah..Ya Allah memang kalau ikut hati nak tidur je 24 jam..tapi bila fikir banyak lagi tanggungjawab kita kat muka bumi ni,tak jadilah nak tidur 24 jam... cehhh (>_<) padahal lebih kurang 24 jam jugak tidurnya..hehe

tapi agak terkejut dengan kekuatan diri yang tiba-tiba boleh tolong menolong kemas bilik untuk akhir sem ni and boleh pegi bilik aifaa bincang tentang presentation untuk kelas komputer nanti..hee~

"Benarlah,serahkan segala kudrat kita kepada illahi kelak kita akan merasa kita mempunyai kekuatan yang luar biasa"

ni bila buat entry mesti teringat kat Chik Aliah tu,ye la dah banyak kali dia bising bila la last entry blog ni..hee~ sorry la chik alia..tangan ni asyik gatal je nak taip..tak boleh halang la,kalau tak bagi nanti dia merajuk..susah hidup tau!


Okay,nak cerita sebaknyer hati ni bukan apa pun just sebab baru lepas sembang dengan family yang nun di perak..lepas jugak rindu kat diaorg walaupun just kat FB..study week ni la homesick pulak :') tapi happy sangat bila tengok diaorang happy dengan buku-buku yang cek beli untuk diaorang..ni lah hasilnya selepas menghabiskan kudrat ini untuk pusing satu SMO and POPULAR tu.tadaaaaa :D



Thanks a lot Dato' Najib Rajak for giving me that voucher :') Sincerely me, A student from Academy of Islamic Studies..


Okay..setakat ni saja..sekali lagi nak bagitahu readers and follower semua..saya akan balas kunjungan anda after final exam saya ye..doakan saya and kawan-kawan dapat buat yang terbaik dalam exam..mood exam sudah mariiiii...okay..salam alaik..





"Doakan kami ye ^_^"





✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Tuesday, 19 February 2013

Hari Sibuk Nada (O_*)''


Assalamualaikum.. entry lagi..kali ni qatrunnada paksa saya buat entry tentang hari sibuk dia..entah bila la nak jadi last entry..hehe *semua ini kerja nada :P

Minggu ni amat-amat sibuk..tambah-tambah minggu akhir kan..macam-macam benda nak kena settle kan..nada cakap dia sibuk giler start hari ahad sampai hari khamis ni..berkuah-kuah telinga saya mendengar tentatif dia untuk minggu ni sahaja.huh!btw kita penuhilah jugakkan..amikkk ni entry khas untuk nada je!hee~


 Ahad : latihan untuk penutupan tobur *kalam jamaie

Isnin : speaking with teacher hanunah+latihan tobur lagi
 Selasa : syafawi kemahiran quran+latihan tobur+raptai for tobur esok depan ustaz akhbar *_*+kelas ganti maqal+exam maqal*karangan arab..huh!
 jaga anak-anak kucing kat AMK+bagi mandi+bagi makan+++
pilihan raya MT kelas+tidur sahaja!


Btw kesian kamu ye nada..saya sudah happy sebab dah lepas semua tu just syafawi kalam je belum lepas lagi..huehue.. hak study week hak kami!haha jom demontrasi..hee~good luck ye chik nada and yang belum lepas lagi..buat yang terbaik deyh.. <3 doaku mengiringimu

seronok je tengok fadhilah+nisa+alia+husna nak balik..sedih pulak tetibe..tak pe lah,berapa minggu je lagi kan..chaiyok2x! good luck untuk exam nanti deyh*cakap kat diri sendiri :D biasalah kalau nak exam ni..nak start study bukan main semangat..last-last..kedebakkk..stado jadinya..



Saya seperti diatas :)

''Ya Allah,keluarkanlah kami dari gelapnya keraguan,muliakan kami dengan ucapan kefahaman,bukakanlah bagiku hikmahMU dan limpahilah padaku keberkatanMU,Wahai Yang Maha Pengasih"










✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Monday, 18 February 2013

Moga Istiqamah Sahabat!


Assalamualaikum.. hee~ akhirnya tangan ni nak jugak buat entry walaupun dah tekad semalam adalah last entry..tapi hati ni betul-betul terusik selagi tak buat entry ni ..hee~entry ni ditujukan khas buat chik anis halidi..sahabat time di maahad al-mizan and insyaa Allah till jannah..

dah hampir 2 minggu dia berniqab baru saya dapat tahu :'( tapi saya sangat happy dan bersyukur atas perubahan dia :D  i'm proud with you anis :')


 ingatlah sahabat:

Muslimat yang memilih untuk menutup wajah mereka agar dirinya lebih terpelihara dari fitnah dunia, akan dikurniakan Allah akan suatu nikmat kehidupan dunia yang tidak dirasai oleh sesiapa yang tidak memakainya.

” Saya rasa lebih tenang dan selesa “

” Alhamdulillah..rasa terjaga apabila bergaul dengan manusia “

Selesa, tenang dan bahagia itu letaknya di HATI.

Manusia yang memilih untuk mendekati Allah dengan wasilah-wasilah kebaikan, umpama mereka menempah kebahagiaan khusus dengan Allah. Dan Allah berikan kebahagiaan itu khusus ke dalam hati-hati mereka.

Nampak kolot, tapi hati damai.

Nampak ‘mudah dibuli’ tetapi mendapat penuh penghormatan.

Nampak tak menarik, tapi menarik rahmat dari Tuhan.


BICARA NILAI

Benarlah, nilaian manusia tidak sama dengan nilaian Tuhan.

Sekeping kain itu hanya tinggal sekeping kain yang tiada nilai, kiranya dipakai bukan kerana Tuhan.

Dipakai kerana ikut-ikutan, atau kerana mahukan penghormatan.

Dipakai kerana mahu menjadi ustazah jadi-jadian, atau semata-mata menarik perhatian jejaka idaman.

Allah menilai hati, bukan sekeping kain.

Tetapi sekeping kain yang dipakai kerana Tuhan, impaknya sungguh agung melangkaui nilaian insan.

Justeru, keagungan dan nilai yang tinggi itu jangan dipersiakan.


"Memakainya biarlah bernilai ibadah"

sesungguhnya setiap perkara bermula dengan niat....jika baik niat kita...baiklah yang kita dapat...tetapi jika buruk niat kita...yang buruklah kita dapat...

#percayalah walaupun orang nampak kamu seolah-olah susah bila pakai purdah... (yela susah time makan..dan sebagainya) tetapi ia adalah 1 kepuasan dan kamu tak pernah rasa terbeban bila memakainya....betambah selesa dan tenang lgi ada lah kan?hehe..


"Sunnah itu menjaga kita..bukan menyusahkan kita :) "
Kekasih kita berpesan :Aku tinggalkan kepada kamu sua perkara,kamu tidak akan sesat selagi mana kamu berpegang dengan kedua-duanya,iaitu Kita Allah(Al-Quran) dan sunnah rasulullah SAW.


"Practise make perfect..moga istiqamah sahabat, trust me that the decision you make is the best choice"

Alhamdulillah,sejuk mata memandang dengan imej terbarumu niesa'..mabruk a'laiki :)
istiqamah ye sayang,kuatkan hati menerima dugaan2 yang bakal datang yang pastinya jauh lebih mencabar :)


"Siapa kita dahulu bukanlah bererti siapa kita sekarang"











✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Sunday, 17 February 2013

Last Entry !


Assalamualaikum.. yang tengah baca entry ni sihat ke?harap-harap sihat la ye..alhamdulillah setelah hampir seminggu tak update blog,tekad jugak di malam yang buta tuli ni nak update blog..macam tajuk entry la kan,ni adalah last entry before menempuh studyweek+finalexam+balikkk :D

Minggu ni memang sibuk+penat sangat,alhamdulillah dapat tempuhi dengan baik*thanks sahbat-sahabat yang selalu disisi memberi sokongan :') ni pun baru balik dari kem kepimpinan*Ya Allah sangat-sangat penat+sakit satu badan------> akibat first time kena pumping :'( tapi alhamdulillah disitu kami belajar meletakkan sepenuh kebergantungan kepada Allah atas kekuatan fizikal kami :') 

So,kepada follower-follower and yang datang bertenggek dekat sini,terima kasih banyak-banyak tauu..nanti after habis final exam saya akan bw+follow+bertenggek dekat blog korang pulak ye..boleh je nak on laptop time study week nanti tapii dah tekad untuk sem ni nak buat yang terbaik dalam exam..doakan tauu (^_^)''


Aku BerMohon kepada Sang Pemilik Ilmu,Agar diberi kefahaman dan ketenangan dalam menuntut ilmuNya. Hakikatnya kita insan yang lemah,Niat lillahi ta'ala.Biiznillah,
Allah akan bantu.

Masih berbaki satu minggu kuliah lagi untuk penghabisan bagi sem 2 sebelum memasuki alam 'study week' . .InsyaAllah , berusaha memanfaatkan masa dengan sebaiknya. 
Allahu yusahhil !
Aamiinn..


Bottom of Form










✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Tuesday, 12 February 2013

Aku Yakin Engkau Mampu :)


"Boleh jadi apa yang kamu benci itu amat baik untuk kamu dan boleh jadi sesuatu yang kamu sukai itu amat buruk untuk kamu.Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui" Al-Baqarah 216 

Kawan,memang apa yang kau alami kini perkara yang menyakitkan hati dan perjalanan hidup mu,tapi ingatlah kawan, perkara ini lumrah dan fitrah setiap manusia..aku cuba memahami apa yang engkau rasakan..ye,memang aku tak akan faham 100% apa yang ada kat hati kau tapi i'll try my best..apa yang kau rasa sekarang bukan kau pinta tapi ia datang dengan sendirinya cuma ia tergantung pada diri kita bagaimana untuk menguruskanya.Aku yakin engkau mampu mengawalnya.




tapi kawan,ingat seperkara ini*special for you :p selama ni aku jadikan ni pegangan aku tapi sekarang aku nak campakkan dekat kau..jaga baik-baik tau.. nahhh sambuuttttt :p

"Sekiranya ALLAH tidak memberi seseorang yang kamu impikan,Semoga DIA menghadirkan seseorang yang memimpikanmu.Sekiranya ALLAH tidak memberi seseorang yang kamu rindukan,Semoga DIA menghadirkan seseorang yang merindukanmu,Sekiranya ALLAH tidak memberi seseorang yang kamu dambakan,Semoga DIA memberimu seseorang yang selalu mendambakanmu.Sekiranya ALLAH tidak menyatukanmu dengan seseorang yang kamu cintai,Semoga DIA menghadirkan seseorang yang mencintaimu..Yang bukan hanya kerana apa yang ada padamu,Tetapi apa adanya dirimu"

Allah anugerahkan kita akal dan hati.Kalau kita  bijak gunakan akal yang DIA bagi,mesti kita boleh bezakan siapa yang lebih menghargai dan siapa yang tak reti menghargai kita.Memang kadang-kadang,kita selalu suka pada orang yang tak suka.Kita rindu pada orang yang tak rindu.Tapi ingat Allah tahu apa yang terbaik untuk kita,dia tidak memberikan apa yang kita inginkan,tapi dia berikan apa yang kita perlukan disaat yang terbaik untuk kita..kadang-kadang kita menangis,kecewa kenapa Allah tak beri apa yang kita nak..tapi sebenarnya Allah telah tetap kan yang lebih terbaik untuk kita..Jika rindukan dia,mengadu dan berdoalah pada DIA :')

curi gambar tak bagitahu..maaf chik alia..hee~

"Aku Yakin Engkau Mampu"








✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

"SEGMEN:RAMAIKAN FOLLOWER BLOG 2013 BY NurulFHMT!"


Assalamualaikum semua..dalam kesibukkan minggu akhir ni,sempat lagi teman nak join satu segmen yang tempoh tamat dia..sangat lah lama..hoho~

segmen ni tak ada hadiah pun tapi teman tertarik nak join bila baca objektif dia..huehue :

DAPAT MENGENALI BLOGGER-BLOGGER LAIN
*Tidak kira blogger yang masih baru di dunia blog atau yang sudah aktif lama dalam dunia blog.

DAPAT MENGERATKAN LAGI SILATURAHIM SESAMA BLOGGER-BLOGGER LAIN
di samping itu juga,korang akan...
DAPAT MENINGKATKAN FOLLOWER DI BLOG MASING-MASING


So,tunggu apa lagi..jom join..hee~  ^_^ nak join >picit sini<


mood : mencari idea nak buat entry khas untuk chik Alia*puteri kayangan












✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Cinta DIA atau dia =')



 “Ya Allah, kurniakanlah perasaan cinta kepada-Mu, dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai dari air sejuk bagi orang yang kehausan.”    

Hidup tanpa cinta, umpama empangan yang sedang kekeringan. Manusia yang kering hatinya dari basahan cinta Allah adalah manusia yang kering, kasar, keras, sombong dan kosong hatinya. Kasar dan lunak hati kita tertakluk sebanyak mana peratus kegersangan dan jumlah cinta yang ada dalam hati. Kebanyakan manusia hari ini gersang dari menyintai Allah. Kemelut dunia yang berlaku di dunia hari ini lahir dari manusia yang tiada belas kasihan sesama manusia dan cinta kepada Tuhannya.


Di sebalik cinta kita dambakan kepada manusia sebenarnya ada rahsia cinta Allah. Kita menyayangi manusia kerana ia adalah kekasih, pasangan suami atau isteri, anak-anak, ibu bapa, saudara mara atau sahabat. Siapakah yang mencetuskan perasaan kasih dan cinta ini? Perasaan kasih dan cinta itu sebenarnya datangnya dari Allah SWT. Perasaan belas kasihan kita terhadap anak yatim, ibu tunggal, orang tua yang sakit, orang fakir miskin, orang dalam kesusahan dan kemalangan tidak lain adalah terbit dari percikan sifat kasih sayang Allah SWT kepada makhluk-Nya. Maka, sekiranya kita ingin meraih pandangan rahmat-Nya, maka kita hendaklah membantu orang-orang yang lemah dan teraniaya, kerana di situ tersisip rahsia kasih sayang Allah SWT kepada kita. Inilah rahsia yang diungkapkan oleh al-Ghazali dalam “Kimia Kebahagiaannya”.


Mulut sentiasa berbicara tentang cintakan ilahi,namun hati sibuk mencari cinta pujaan hati.Suara lantang menegakkan kebenaran,namun jiwa ingin merasai nikmat percintaan yang tida ditabalkan.Munajat mengalir diruang lidah,namun jasad tak kuat bermujahadah.Kita kata sayang DIA,tapi hakikatnya si dia tetap pertama di sanubari kita.Kita janji dalam solat yang hidup dan mati kita hanya untukNYA tapi usaha kita lebih ke arah mengejar cinta si dia.Kita impikan syurga,namun jalan ke neraka yang memenuhi langkah kita.Adakah kita letakkan DIA hanya dibibir tanpa membuktikannya?Kerana dia ,kita pinggirkan DIA.Adakah DIA berpuas hati?tepuk dada,tanya iman kita yang masih berbisa.



Hubungan dengan Allah adalah kekuatan utama dalam kehidupan kita. Bila kita tinggalkannya, maka lemahlah kita. Kalau kelemahan itu tidak kelihatan di dunia, ia akan kelihatan sangat jelas di akhirat sana.

Hidup ini bukanlah pertandingan siapakah pasangan paling best BERCINTA SEBELUM NIKAH dan mendekatkan diri mereka dengan AZAB NERAKA


TETAPI pertandingan siapakah pasangan yang paling best BERCINTA SELEPAS NIKAH dan mendekatkan diri mereka dengan NIKMAT SYURGA


Cinta yang diredhai ALLAH, semakin mencintai..semakin MENGINGATI ALLAH, semakin menyayangi..semakin MENDEKATI ALLAH..itulah sebenar-benarnya


♥ ♥ Hidup Ini Biarlah ALLAH S.W.T SAYANG ♥ ♥

Salam muhasabah bersama =')













✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Monday, 11 February 2013

Kisah Yang Buat Saya Menangis :'(


Seorang doktor meluru masuk ke ruang hospital dalam keadaan tergesa-gesa selepas mendapat panggilan kecemasan dari pihak hospital. Dia menukar pakaian dan terus meluru ke blok pembedahan.. Dia mendapati ayah kepada budak yang berada dalam bilik pembedahan sedang berdiri menunggunya. Apabila si ayah melihat doktor itu, dia terus berteriak.
          “Kenapa kamu ambil masa yang lama untuk datang..?? Kamu tahu tak anak saya dalam bahaya sekarang nie..?? Kamu tak ada rasa bertanggungjawab ke??”


          Doktor tersebut tersenyum dan berkata :

          “Saya minta maaf, saya berada di luar hospital dan saya datang sepantas yang mungkin selepas mendapat panggilan kecemasan tu.. dan sekarang, saya harap anda bertenang. Jadi, saya dapat buat kerja saya.”

          “Bertenang kamu kata..?! Kalau anak kamu berada dalam bilik tu sekarang nie, bolehkah kamu bertenang!?? Kalau anak kamu mati sekarang nie apa yang kamu buat..?? Kata si ayah dengan marah.

           Si doktor tersenyum lagi dan berkata :

           “Saya akan kata bahawa Allah telah berfirman dlm kitab-Nya yg suci “Daripada Allah kita datang dan kepada-Nya kita kembali“. Doktor tak mampu untuk memanjangkan hayat seseorang. Insya-Allah kami akan cuba yang terbaik untuk anak kamu.”

          “Memberi nasihat bila kita tak mengalaminya memang senang!!!” gumam si ayah.

          Pembedahan itu mengambil masa beberapa jam. Tak lama kemudian, si doktor keluar dengan gembira.

         “Alhamdulillah, anak anda selamat!”, Dia terus berjalan tanpa menghiraukan si ayah. “Kalau kamu ada sebarang soalan, kamu boleh tanya jururawat.”

         “Kenapa doktor tu sombong sangat?! Tak boleh ke dia tunggu beberapa minit supaya saya dapat tanya beberapa soalan tentang anak saya?”, komen si ayah selepas melihat jururawat.

         Jururawat itu berkata sambil air mata mengalir di pipinya, “Anaknya meninggal dunia semalam dalam kemalangan jalan raya. Dia berada dalam upacara pengebumiaan anaknya ketika kami menghubunginya untuk pembedahan anak encik.. Dan sekarang dia telah pun menyelamatkan nyawa anak encik, dia tergesa-gesa untuk menghabiskan upacara pengebumiaan anaknya..”




 Never judge anyone because you never know how their life is and what they're going through ♥


     Kita sebagai manusia, selalu salah sangka terhadap orang.
Apatah lagi kita hanya manusia biasa, yang tidak ada apa-apa,
senang sangat nak su'uzon kat orang.

Ana belajar dari seorang manusia, dia sangat tenang, tak pernah gelabah,
menjadi seorang pemimpin yang sangat hebat,
di saat ada masalah, dia masih boleh tersenyum indah,
mengatakan sabar adalah segala-galanya.
Ana belajar segala-galanya dari dia.. 

People often blame the darkness,whereas they can light a candle.



✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Sunday, 10 February 2013

Simple Giveaway Aisyah Humaira'

Klik sini untuk join

Assalamualaikum semua..hati teringin sangat nak join ni..so alhamdulillah dapat join..baru balik dari usrah terus buat entry ni..hehe esok dah sibuk (>_<)"

Jom join kawan-kawan..kalau ada rezki boleh dapat hadiah yang kebaboom dari seponser-seponser terbaikk hee~

sambil-sambil dapat tambah kenalan and follower kan?so apa tunggu lagi..jom join (^_^)








✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Cintaku Hanya Untuk Suamiku !


Assalamualaikum..alhamdulillah kali ini nak buat entry pasal cinta pulak..boleh kan?hee~ tak selalu pun,walaupun masih muda dalam memahami erti cinta tapi ini cuma pendapat dan prinsip saya..dan saya tetap menghormati prinsip dan pendapat orang lain..kita semua berhak bersuara..jangan risau,saya memahami..

Teringat saya akan satu kisah antara Nabi Muhammad SAW dengan Saidatina Aisyah R.A.

Saidatina Aisyah berkata: 
"Aku, wahai Rasulullah, tidak seperti seorang pun dari isteri-isterimu yang lain. Tanpa kecuali, mereka telah pernah dipeluk lelaki, kecuali aku."
Baginda hanya tersenyum.

Di waktu yang lain, Saidatina 'Aisyah ada berkata:
"Wahai Rasulullah, jika engkau turun ke sebuah lembah, di situ ada dua pohon, yang satu sudah dimakan haiwan ternak, yang satu lagi tidak. Lalu, di pohon yang manakah untamu akan engkau gembalakan?"
Jawab Nabi SAW, "Di pohon yang tidak digembalai ternak." Lalu Aisyah berkata, "Akulah itu!".
Namun, tidaklah Nabi SAW bersikap tidak adil pada isteri-isterinya yang lain walaupun mereka berstatus 'pernah menjadi isteri orang lain.' Takutnya Nabi SAW akan ketidakadilan dalam rumahtangga sehingga Nabi SAW berdoa apabila hatinya tercondong berat menyayangi Aisyah Humaira:
"Ya Allah! Inilah pembahagian yang mampu ku lakukan, maka jangan Engkau siksa aku dalam hal yang tak mampu aku lakukan."
Ringkasnya, sahabat-sahabatku jagalah kesucian diri dan kehormatan diri sebelum berkahwin. Jangan pegang-pegang, jangan sentuh-sentuh. Jagalah hati tetap untuk satu cinta dunia yakni pada suami yang berhak. Teguhkan hati untuk satu cinta kekal selama-lamanya yakni pada Allah dan Rasulullah. Kemudian, kamu mampu berbangga dan bersyukur jika berjaya mempertahankannya sehingga saatnya kamu diakadkan. Tidak salah mendabik dada (tidak berlebihan) depan suami. Kamu memang layak berbangga.


Namun, bagaimana pula dengan yang tidak berjaya mempertahankan kesucian, kehormatan dan imannya sebelum berkahwin? 

Bertaubatlah, nescaya taubat nasuha mensucikan diri anda kembali hati dan iman. Simpanlah dan lupakanlah aib, kisah hitam anda sampai mati. Jika dengan aib itu, akan merosakkan hubungan dua insan dan rumahtangga maka rahsiakanlah. Tidak wajar mendedah aib sendiri walaupun berterus terang adalah lebih baik. Kadang-kadang ada yang perlu disembunyi dari didedahkan. Kerana manusia bukan Tuhan. Manusia menghakimi dengan kejam dan tidak adil berdasarkan kisah2 silam kita, tapi Allah tidak begitu. Allah Maha Pengampun sedang manusia bukan pemberi sebarang pengampunan. Manusia hanya memaafkan, tetapi tidak mengampunkan dosa hitam. 

Akhir kata,Allah masih beri peluang untuk kita walaupun manusia tidak beri peluang pada diri kita. Ingat, kita tak perlukan manusia utk menilai kita, tapi kitalah yang nilai diri kita sendiri dan kita sendiri yang bagi peluang diri sendiri berubah.



So kata pegangan hari ini ------> Simpan satu cinta untuk satu suami yang sah. Simpan mahkota kehormatan dan kesucian untuk satu suami yang berhak. Biarlah orang lain nak pegang-pegang, tapi kita sekali-kali jangan. Bina kubu pada dirimu, nescaya Allah bantu bina kubu yang lebih kukuh pada imanmu. Bina pagar sementara pada kehormatanmu, sebelum Allah ganti dengan title "Muhsanat" (isteri orang yang terpelihara dengan pagar khusus) dengan perkahwinanmu. 

Satu cinta Aisyah Humaira hanya untuk Muhammad bin Abdullah SAW
Cintaku Hanya Untuk Suamiku!
Okay..that all from me,thank you for reading (^_^) salam alaik <3
rujukan kisah: Buku "Bilik-bilik Cinta Muhammad SAW" oleh Dr. Nizar Abazhah..

✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Saturday, 9 February 2013

Rehlah Sem 2 terbaikkk..



Assalamualaikum..apa khabar readers? hope sihat-sihat semua ye..entry ni sebenarnya nak publish lama dah..tapi ada sahaja halangan..ishh2 (O_O)" sahabat-sahabat semua dah update entry tentang rehlah kami ni..ye saya ketinggalan kereta api,sebab kereta api saya tayar pancit lah,huh!

okay..sambung cerita yang dah basi+berkulat ni..pada bulan lepas tak silap*wahhh cepat betul masa berlalu..me and classmate ikhwah dan akhawat bersama mentor kami Dr.Ahmad Najib pergi bercuti di Agro resort,terengganu..Ya Allah,memang excited nak pergi sana,nak release tension and relax-relax kat sana..alhamdulillah memang sangat berbaloi (^_^)

with supperringgg and my partner nisa'
muka semua excited je nak cepat-cepat sampai..and dalam bas macam biasa lah semua layan perasaan masing-masing tapi saya kena layan chik nisa' yang tak habis-habis dengan lagu Di Atas Nama Cinta by unic..dia ulang lagu yang sama sepanjang perjalanan kami selama 2 jam tau..bila saya nak tukar lagu lain..dia buat muka masam..alorghh time tu rasa macam jaga budak-budak 2 tahun je..sobsob dah la pinjam henpone kite,dia buat macam henpone dia je :P


 
yeahh..dah sampai*pic please!

persiapan tempat untuk jamuan malam..


pengisian with our mentor and after that kami berdebat "wajarkah kawin muda" malangnya saya dipihak pembangkang.. :(


orang buat kerja kami berangan!


penerangan tentang flying fox..terbaikk


kusyuk betul kami dengar..suka sangat penyampaian pok cik tu..comei >_<"


with nisa'..pengalaman pertama i believe i can fly..olalalala~

Terima kasihlah pak cik-pak cik sebab sudi bersabar dengan karenah kami berdua ni..hehe dua-dua pengecut ,last-last pak cik suruh kami naik berdua O_o..bestt sangat..lepas tu teringin nak naik sorang-sorang pulop,nasib baik pak cik tu baik sangat..dia bagi je *maybe sebab time kami naik tak ada rombongan-rombongan lain so special layanan kami dapat..semua merasa 2 kali naik..terbaikk!sekarang saya tak takut dah..hee~


afiqah,aida and ikin- first sukarelawati


kayak pulak..dengan nisa' jugak*setia ke hujung nyawa.. :P

Btw thanks Mr.kayak sebab bagi kami guna jaket and alat dayung khas untuk pelatih..suka hati je nisa minta kat abang tu nak yang cantik+baru..tak nak buruk-buruk..last-last kebaboomm dia bagi pelatih punya..hehe special betul kami!


harap je pakai pelatih punya..kami kayak asyik tersangkut+langgar orang+ketepi je..buat malu je..haha ni pun first pengalaman jugak..tak pernah berkayak sebelum ni..


time ni la ambil peluang buli nisa..biar dia yang kayak..kita jadi raja sehari kat belakang tu..hehe ye la..mana aci dalam bas dia dah buli kita..amik kawww..


aida and mira..pengkayak paling tegar sampai tak nak naik..


best sangat,kami lumba-lumba pastu langgar sesama sendiri (-___-)''


sampan rumah..kami suka sangat lepak atas ni..sampaikan dah macam harta kami..asyik muka kami je..mesti orang lain marah kat kami..heeh!


with anis..penolong ketua class..sangat tabah hatinya melayan perangai kami yang gila-gila+kanak-kanak ribena ni :') thanks anis..


yeahh..ini dia sahabat-sahabat sebilik..kami tidur tak pasang aircond pun..*sejukkk


nak balik dah..


ikhwah and akhawat majmuah 4 universiti malaya..


banyak kenangan disini..kami tinggalkan :'(


masing-masing dengan hadiah sendiri :) saya dapat hadiah dari sufi..thanks sufi cantik beg :D


Ya Allah,peliharalah ukhwah kami sampai syurgamu..pertengkaran dan perselisihan itu lumrah persahabatan namun janganlah engkau biarkan perkara itu membuatkan ukhwah kami lebur..kami mahu setia hujung nyawa  sampai syurga (^_^)


so kalau korang rasa nak tempat yang tenang+cantik+ada aktiviti best+++ saya cadangkan tempat ni..memang best sangat..first tunggu kunci bilik sampai,kami just tengok dari luaran and tak terjangkau difikiran bahawa kat dalam bilik tu wauuu...macam hotel (+__+) ada aircond+astro*memang tak sangka langsung+1 katil besar,1 katil bujang,1 tilam lebih+bilik air bersih+++ memang wauu...teruja sangat..

okay..itu sahaja nak cerita..kalau berminat dengan tempat tu boleh la tanya dekat pak cik google deyh..atau pun boleh rojer-rojer dengan saya..okay..salam alaik..















✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...