Tuesday, 12 February 2013

Aku Yakin Engkau Mampu :)


"Boleh jadi apa yang kamu benci itu amat baik untuk kamu dan boleh jadi sesuatu yang kamu sukai itu amat buruk untuk kamu.Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui" Al-Baqarah 216 

Kawan,memang apa yang kau alami kini perkara yang menyakitkan hati dan perjalanan hidup mu,tapi ingatlah kawan, perkara ini lumrah dan fitrah setiap manusia..aku cuba memahami apa yang engkau rasakan..ye,memang aku tak akan faham 100% apa yang ada kat hati kau tapi i'll try my best..apa yang kau rasa sekarang bukan kau pinta tapi ia datang dengan sendirinya cuma ia tergantung pada diri kita bagaimana untuk menguruskanya.Aku yakin engkau mampu mengawalnya.




tapi kawan,ingat seperkara ini*special for you :p selama ni aku jadikan ni pegangan aku tapi sekarang aku nak campakkan dekat kau..jaga baik-baik tau.. nahhh sambuuttttt :p

"Sekiranya ALLAH tidak memberi seseorang yang kamu impikan,Semoga DIA menghadirkan seseorang yang memimpikanmu.Sekiranya ALLAH tidak memberi seseorang yang kamu rindukan,Semoga DIA menghadirkan seseorang yang merindukanmu,Sekiranya ALLAH tidak memberi seseorang yang kamu dambakan,Semoga DIA memberimu seseorang yang selalu mendambakanmu.Sekiranya ALLAH tidak menyatukanmu dengan seseorang yang kamu cintai,Semoga DIA menghadirkan seseorang yang mencintaimu..Yang bukan hanya kerana apa yang ada padamu,Tetapi apa adanya dirimu"

Allah anugerahkan kita akal dan hati.Kalau kita  bijak gunakan akal yang DIA bagi,mesti kita boleh bezakan siapa yang lebih menghargai dan siapa yang tak reti menghargai kita.Memang kadang-kadang,kita selalu suka pada orang yang tak suka.Kita rindu pada orang yang tak rindu.Tapi ingat Allah tahu apa yang terbaik untuk kita,dia tidak memberikan apa yang kita inginkan,tapi dia berikan apa yang kita perlukan disaat yang terbaik untuk kita..kadang-kadang kita menangis,kecewa kenapa Allah tak beri apa yang kita nak..tapi sebenarnya Allah telah tetap kan yang lebih terbaik untuk kita..Jika rindukan dia,mengadu dan berdoalah pada DIA :')

curi gambar tak bagitahu..maaf chik alia..hee~

"Aku Yakin Engkau Mampu"








✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

5 comments:

Unknown said...

andai smpan sdtik cinta utk allah dlm haty kita , insyaallah kita tak kan rasa kecewe :)

Hanim Irsyad said...

Allah sentiasa ada :)

Alia Ali Ahmad said...

Terima Kasih Najah . Terharu giler awak buat benda ni untuk saya . sudi jugak awak yeee . terima kasih sekali lagi . wow !

Unknown said...

itu gunanya kawan ^_^ sorry tak boleh nak bagi banyak2 sebab tak reti..tu pun penat perah otakk..hee~ sambil ingatkan diri sendri jugak :')

Nurul F. said...

happy always dear !
jalan jalan kat sini kejap
nice blog ! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...