Monday 11 February 2013

Kisah Yang Buat Saya Menangis :'(


Seorang doktor meluru masuk ke ruang hospital dalam keadaan tergesa-gesa selepas mendapat panggilan kecemasan dari pihak hospital. Dia menukar pakaian dan terus meluru ke blok pembedahan.. Dia mendapati ayah kepada budak yang berada dalam bilik pembedahan sedang berdiri menunggunya. Apabila si ayah melihat doktor itu, dia terus berteriak.
          “Kenapa kamu ambil masa yang lama untuk datang..?? Kamu tahu tak anak saya dalam bahaya sekarang nie..?? Kamu tak ada rasa bertanggungjawab ke??”


          Doktor tersebut tersenyum dan berkata :

          “Saya minta maaf, saya berada di luar hospital dan saya datang sepantas yang mungkin selepas mendapat panggilan kecemasan tu.. dan sekarang, saya harap anda bertenang. Jadi, saya dapat buat kerja saya.”

          “Bertenang kamu kata..?! Kalau anak kamu berada dalam bilik tu sekarang nie, bolehkah kamu bertenang!?? Kalau anak kamu mati sekarang nie apa yang kamu buat..?? Kata si ayah dengan marah.

           Si doktor tersenyum lagi dan berkata :

           “Saya akan kata bahawa Allah telah berfirman dlm kitab-Nya yg suci “Daripada Allah kita datang dan kepada-Nya kita kembali“. Doktor tak mampu untuk memanjangkan hayat seseorang. Insya-Allah kami akan cuba yang terbaik untuk anak kamu.”

          “Memberi nasihat bila kita tak mengalaminya memang senang!!!” gumam si ayah.

          Pembedahan itu mengambil masa beberapa jam. Tak lama kemudian, si doktor keluar dengan gembira.

         “Alhamdulillah, anak anda selamat!”, Dia terus berjalan tanpa menghiraukan si ayah. “Kalau kamu ada sebarang soalan, kamu boleh tanya jururawat.”

         “Kenapa doktor tu sombong sangat?! Tak boleh ke dia tunggu beberapa minit supaya saya dapat tanya beberapa soalan tentang anak saya?”, komen si ayah selepas melihat jururawat.

         Jururawat itu berkata sambil air mata mengalir di pipinya, “Anaknya meninggal dunia semalam dalam kemalangan jalan raya. Dia berada dalam upacara pengebumiaan anaknya ketika kami menghubunginya untuk pembedahan anak encik.. Dan sekarang dia telah pun menyelamatkan nyawa anak encik, dia tergesa-gesa untuk menghabiskan upacara pengebumiaan anaknya..”




 Never judge anyone because you never know how their life is and what they're going through ♥


     Kita sebagai manusia, selalu salah sangka terhadap orang.
Apatah lagi kita hanya manusia biasa, yang tidak ada apa-apa,
senang sangat nak su'uzon kat orang.

Ana belajar dari seorang manusia, dia sangat tenang, tak pernah gelabah,
menjadi seorang pemimpin yang sangat hebat,
di saat ada masalah, dia masih boleh tersenyum indah,
mengatakan sabar adalah segala-galanya.
Ana belajar segala-galanya dari dia.. 

People often blame the darkness,whereas they can light a candle.



✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

4 comments:

Eyqa Zaque said...

Simple story~ tapi sgt menyayat. Huhuhu. :'(

Unknown said...

sntiasa lah kita cuba bersangka baik.

Unknown said...

sob2 =(

blogwalking from http://beritaremajaonline.blogspot.com/

Unknown said...

=')

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...