Saturday 9 February 2013

Rehlah Sem 2 terbaikkk..



Assalamualaikum..apa khabar readers? hope sihat-sihat semua ye..entry ni sebenarnya nak publish lama dah..tapi ada sahaja halangan..ishh2 (O_O)" sahabat-sahabat semua dah update entry tentang rehlah kami ni..ye saya ketinggalan kereta api,sebab kereta api saya tayar pancit lah,huh!

okay..sambung cerita yang dah basi+berkulat ni..pada bulan lepas tak silap*wahhh cepat betul masa berlalu..me and classmate ikhwah dan akhawat bersama mentor kami Dr.Ahmad Najib pergi bercuti di Agro resort,terengganu..Ya Allah,memang excited nak pergi sana,nak release tension and relax-relax kat sana..alhamdulillah memang sangat berbaloi (^_^)

with supperringgg and my partner nisa'
muka semua excited je nak cepat-cepat sampai..and dalam bas macam biasa lah semua layan perasaan masing-masing tapi saya kena layan chik nisa' yang tak habis-habis dengan lagu Di Atas Nama Cinta by unic..dia ulang lagu yang sama sepanjang perjalanan kami selama 2 jam tau..bila saya nak tukar lagu lain..dia buat muka masam..alorghh time tu rasa macam jaga budak-budak 2 tahun je..sobsob dah la pinjam henpone kite,dia buat macam henpone dia je :P


 
yeahh..dah sampai*pic please!

persiapan tempat untuk jamuan malam..


pengisian with our mentor and after that kami berdebat "wajarkah kawin muda" malangnya saya dipihak pembangkang.. :(


orang buat kerja kami berangan!


penerangan tentang flying fox..terbaikk


kusyuk betul kami dengar..suka sangat penyampaian pok cik tu..comei >_<"


with nisa'..pengalaman pertama i believe i can fly..olalalala~

Terima kasihlah pak cik-pak cik sebab sudi bersabar dengan karenah kami berdua ni..hehe dua-dua pengecut ,last-last pak cik suruh kami naik berdua O_o..bestt sangat..lepas tu teringin nak naik sorang-sorang pulop,nasib baik pak cik tu baik sangat..dia bagi je *maybe sebab time kami naik tak ada rombongan-rombongan lain so special layanan kami dapat..semua merasa 2 kali naik..terbaikk!sekarang saya tak takut dah..hee~


afiqah,aida and ikin- first sukarelawati


kayak pulak..dengan nisa' jugak*setia ke hujung nyawa.. :P

Btw thanks Mr.kayak sebab bagi kami guna jaket and alat dayung khas untuk pelatih..suka hati je nisa minta kat abang tu nak yang cantik+baru..tak nak buruk-buruk..last-last kebaboomm dia bagi pelatih punya..hehe special betul kami!


harap je pakai pelatih punya..kami kayak asyik tersangkut+langgar orang+ketepi je..buat malu je..haha ni pun first pengalaman jugak..tak pernah berkayak sebelum ni..


time ni la ambil peluang buli nisa..biar dia yang kayak..kita jadi raja sehari kat belakang tu..hehe ye la..mana aci dalam bas dia dah buli kita..amik kawww..


aida and mira..pengkayak paling tegar sampai tak nak naik..


best sangat,kami lumba-lumba pastu langgar sesama sendiri (-___-)''


sampan rumah..kami suka sangat lepak atas ni..sampaikan dah macam harta kami..asyik muka kami je..mesti orang lain marah kat kami..heeh!


with anis..penolong ketua class..sangat tabah hatinya melayan perangai kami yang gila-gila+kanak-kanak ribena ni :') thanks anis..


yeahh..ini dia sahabat-sahabat sebilik..kami tidur tak pasang aircond pun..*sejukkk


nak balik dah..


ikhwah and akhawat majmuah 4 universiti malaya..


banyak kenangan disini..kami tinggalkan :'(


masing-masing dengan hadiah sendiri :) saya dapat hadiah dari sufi..thanks sufi cantik beg :D


Ya Allah,peliharalah ukhwah kami sampai syurgamu..pertengkaran dan perselisihan itu lumrah persahabatan namun janganlah engkau biarkan perkara itu membuatkan ukhwah kami lebur..kami mahu setia hujung nyawa  sampai syurga (^_^)


so kalau korang rasa nak tempat yang tenang+cantik+ada aktiviti best+++ saya cadangkan tempat ni..memang best sangat..first tunggu kunci bilik sampai,kami just tengok dari luaran and tak terjangkau difikiran bahawa kat dalam bilik tu wauuu...macam hotel (+__+) ada aircond+astro*memang tak sangka langsung+1 katil besar,1 katil bujang,1 tilam lebih+bilik air bersih+++ memang wauu...teruja sangat..

okay..itu sahaja nak cerita..kalau berminat dengan tempat tu boleh la tanya dekat pak cik google deyh..atau pun boleh rojer-rojer dengan saya..okay..salam alaik..















✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

3 comments:

Nur Baiyah said...

seronoknya dapat g rehlah..
flying fox paling sy nak try...hihi

Unknown said...

okea ain jelezz , kat sini tade flying fox bagai . sedehh T__T

Unknown said...

hee~ ala tak mau jelezz2 ma..hehe jom2 saya bawak gi tempat ni..kte main puas2 deyh! :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...