Monday, 8 April 2013

Mesir ! :D


Assalamualaikum..Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk cipta satu entry khas hari ini..Tengok dan hayatilah gambar diatas..sebak pula *membayangkan diri ditempat budak itu :'( ngehngeh.. Okay  berdasarkan tajuk bukan bermakna entry ini untuk saya yang mahu terbang tapi buat sahabat-sahabat yang bakal naik 'belon' untuk terjun nun jauh di mesir :D syukur dan gumbira giler bila dapat tahu result STAM diaorang baru-baru ni dan 2 hari lepas baru dapat tahu seramai 7 orang dapat sambung dekat mesir...wahhh bestnyer pegi reramai :) i'm proud with them.TAHNIAH buat sahabat-sahabat kelahiran Maahad Al-Mizan yang berjaya menyambung pelajaran+pengalaman di bumi anbiya'.

Ya Allah,Tak dapat nak digambarkan perasaan ni happy sangat dan terasa bahagia gitu bila dapat tahu pasal benda ni *ha over betul macam ak yang dapat pegi sana..haha tapi serius bangga weh dengan korang.terbaikk.. belajar elok-elok dekat sana,jaga diri elok-elok,carilah sebanyak mungkin mutiara disana dan kahwin cepat kalau nak selamat !*haha tapi jangan langkah bendul (tunggu teman selamat dulu) :p good luck korang.Sentiasa mendoakan yang terbaik buat korang sahabatku :') * jelouse dengan korang tapi ada bau bahagia!ngehngeh 

Sengaja Buat entry ni sambil dengar lagu sedih pastu bertaburan mutiara-mutiara di atas keyboard nih :'( rindu sangat dengan sahabat-sahabat.Benarlah cikgu-cikgu selalu kata yang 'sekarang memang kita rasa nak masuk universiti,tapi nanti bila dah habis sekolah,zaman sekolahlah yang anda akan paling ingat.Kadang-kadang gelak sorang-sorang dan sampai kadang-kadang menitis air mata bila mengenang kembali nostalgia di zaman hingus-hingusan itu :') rinduuuuu ! meski kita berjumpa sahabat di dunia universiti ia tetap tidak sama dengan sahabat yang kita perolehi pada zaman 'sekolah' :') *udah le dramanye habis banjir bilik ni :D


Kepada Imanina Ismail,Atikah Ismail,Amalina Hajar,Anuar,Zulfadhli,Hariz dan Hafizi *ada yang tertinggal tak?kalau ada bagitau deyh.Tahniah sekali lagi and good luck.Do the Best in Your life okay!Kami kat sini sentiasa mendoakan kalian.Doakan buat kami jugak ye :) hati ni teringin dan sangat berharap dapat spend time dengan korang before korang berlepas ke sana.Jom kita keluar dengan budak 'mesir' nak?Jom la :) *sementara cuti masih berbaki ni, hehe..apa?Nak hantar korang kat airport?nakkkk tapi oh tak dapat rasanya sebab maybe ada kelas time tu *padahal takut nanti nangis tak berhenti.haha *kesat air mata. Korang Nanti dah balik kat sini jangan lupa rojer-rojer dengan kami eh.Nanti ada duit poket lebih kami terbang pegi melawat korang tau* haha over betul berangan :D apapon sekali lagi happy untuk korang.Jaga diri baik-baik ye.

huh! Karangan yang panjang la jugak >_<'' semua ini sebab dah lama tak buat karangan BM..wuarghhh tetibe pulak rindu nak belajar BM dengan Cikgu Farah and Cikgu Aini :') sweet memories <3


*teman nak jugak :D ngehngeh 'Najah German travel'

Jom Doa Bersama-sama *rindu nak solat berjemaah bersama korang :')

"Ya Allah... ampunilah daku dan sahabat-sahabatku dan masukkanlah kami ke dalam RahmatMU dan Engkau lah Tuhan Yang Maha Penyayang . Ya Allah.. lindungilah sahabatku dari hilangnya nikmatMU dan berubahnya KesejahteraanMU dan pedihnya SeksaMU dan pelbagai macam murkaMU . Ya Allah...  sesungguhnya aku bermohon kepadaMU tabahkanlah hati kami dalam menghadapi segala urusan dan berikanlah kekuatan kepada kami dalam menerima petunjukMU . Ya Allah... Kurniakanlah kepada kami jiwa ketaqwaan dan sucikanlah hati kami.Engkaulah sebaik-baik Yang Mensucikannya . Berikanlah kemudahan pada kami atas segala kesulitan-kesulitan kami,kerana menghilangkan kesulitan amat mudah bagiMU Ya Allah . Amin Ya Robbal 'alamin"









✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...