Tuesday, 23 April 2013

Dia dihina lagi :'(


Ya Allah.. Mengalir air mata saya mencari gambar Tok Guru Nik Aziz di internet..

Macam mana tidak mengalir.. Yang saya baca, Nik Aziz bapa kafir di akhbar Malaysia, bapa syaitan, mata duitan, malah ada gambar Nik Aziz yang di edit dimasukkan duit-duit di serban beliau. berimamkan DAP. Nik Aziz sesat. ada mufti kata hati Nik Aziz terlampau hitam. Berharta 10 Juta. Banyak lagi.. Banyak sangat.. Tak terkata saya di sini... 

Dia yang menghafal banyak hadith2.. Dia yang tiap-tiap paginya menjadi imam subuh dan memberi tazkirah.. Makan makanan rakyat biasa-biasa.. Rumah beliau dekat tepi masjid dibuat dari kayu dan tangga dari simen, tiada batu marmar,mozaik atau hiasan yang mahal-mahal. Rumah beliau tidak berpagar tiada pengawal dan tiada orang gaji pun. Siapa-siapa boleh masuk kalau nak jumpa beliau. Dia seorang yang warak dan zuhud. Sejak dulu, elaun rumah, elaun keraian, elaun buka puasa malah elaun hari raya pun tak pernah beliau ambil. Sehingga hujung nyawanya masih begitu, berusaha menegakkan Islam di bumi Kelantan. Tetapi dalam keadaan sakit, dalam keadaan sihat beliau terus dan terus.. Bagaimana anda boleh begitu berat sekali menjatuhkan fitnah kepadanya?

Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian). ( An-Nur : 19 ) 

Letakkan kami di jalan Mu yang lurus dan thabatkan kami di jalan Mu ya Allah s.w.t.



masuk akalkah dia dikatakan rasuah???


kredit dari >muka buku<









✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

6 comments:

Farah Aida said...

MACAI je yang berani hina ULAMA pejuang Allah ni. Mereka tidak tahu apa itu erti kebenaran. Mereka tidak tahu hukum MEMFITNAH sesame manusia. Itulah yg dinamakan JAHIL. Sebab kenyataan yang terang lagi bersuluh pn diorang cuba nk putar belit, mmg dasar PENGECUT ! Semoga Allah pelihara TGNA. Ameeeen. Ayuh same-same kita berdoa ye :)

Ahmad Kamil said...

Kita terus teguh menyokong pimpinan dibawah ulama'..!!

Perlu ke Free Education di Malaysia?

http://iniblogabangkamil.blogspot.com/2013/04/free-education-do-we-really-need-it.html

shafiq said...

Sesungguhnya ulama itu adalah pewaris nabi .. (HR at-Tarmidzi) hina ulama yang mana ahli dalam bidang agama ~ kekalkan pemerintahan di kelate ~ sama2 ubah putrajaya , insyAllah ~

Imani Iwani said...

Ya allah bukakan hati mereka yg mnnhina para ulama..siapa lagi yg kita nk jadikan panduan kalau bkan ulama'..
sedih baca n3 ni..sbb tu MB negeri kita :(

NaJaH RaZaK said...

Betul tu @Farah aida :) @Ahmad kamil Takbir!Allahu akhbar! @shafiq bulan ke kota putrajaya! @imani iwani aamiinn3x.. Saya juga terasa kesedihan itu :')

Angah said...

tidakkah mereka takut pada balasan Allah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...