"Ya Ukhti, ana nak tanya sesuatu boleh?"
Hm?
"Kenapa anti suka baring atas paha ana?"
Sengih.
Entah la, enti.
Ana sayang enti sesangat kot.
Enti dapat rasa?
I just love you.
That's all.
Terkadang, kita terlalu berusaha menjadi seorang yang bijak pada mata manusia,
terlalu mengejar ilmu dunia, di mana setiap perkara ada 'cause' dan 'reason'nya,
hinggakan terkadang kita terlupa menjadi seorang hambaNya.
Kadangkala, ada perkara yang lebih manis apabila dirahsiakan,
dan ada jua perkara yang lebih manis apabila diketahui.
Sungguh, semuanya daripada Allah,
itu sahaja sudah manis.
"Allah yang bagi aku ni, arrgghhhh!
Seronoknya, Allah, aku cintakan Engkau!!!!!"
Pernahkah kita merasa sebegitu?
Tatkala lidah kita sibuk berzikir, memuji Allah yang Maha Esa,
apakah hati kita sedang mati di dalam?
Kerna, setiap 'penipuan' yang kita lakukan,
akan memakan hati kita-kita ini.
Jika bukan semua, pastinya sedikit.
Jika bukan pantas, pastinya perlahan.
Yang pasti, ia akan mati jua.
Berbanding tidur di atas tilam,
yang empuk lagi ber'spring-spring',
yang harganya mencecah ribuan ringgit.
Dan tidur di atas sejadah,
dengan kopiah sebagai alas kepala,
dan al-Quran dalam pelukan,
mana satukah yang lebih manis?
Shhhh.
Tak perlu jawab, sayang.
Gusar lidahmu tidak mampu meluahkannya dengan benar,
kerna kemanisan meletakkan hati padaNya,
lebih manis pabila ia diluahkan hati itu sendiri.
Kadangkala, ada benda yang lebih manis apabila dirahsiakan,
dan ada jua benda yang lebih manis apabila diketahui.
Tapi yang pasti, semuanya daripada Allah,
dan itu sahaja sudah teramat manis.
Kamu oh kamu,
dah cuba belum?
Best kan!
Mwehehehe.
Esok esok esok,
jom, kita reramai tidur atas sejadah nak?
Mesti sweet sweet menyeswit kan?
Kekekeke.
Nak lagi best, ajaklah yang lelain gak,
nak lagi manis, kongsilah satu sejadah.
Fuh fuh fuh, confirm tersengih reramai dalam mimpi.
Betul, tak tipu ni!
Nota tambahan,
huehue
Nak menyentuh hati, hendaklah dengan hati.
Dan hati pabila berbicara, tiadalah ia dilafazkan dengan lidah,
apatah lagi didengari dengan telinga.
Maka, pabila hendak ber'heart-to-heart',
yang perlu dibuat hanyalah diam,
dan berbicara dengan hati.
Percayalah, pabila Allah menggerakkan hati hambaNya,
tiadalah Allah menggerakkan satu-satu hati itu,
melainkan digerak jua hati yang satu lagi itu.
3 comments:
Thanx for the sweet reminder =)
tersentuh hati saya baca entry ni...
ur welcome siti :D hati saya pun tersentuh ada yang sudi baca..hikhik :p
Post a Comment