Wednesday, 17 April 2013

Takut Putus Asa?


Anda rasa kecewa?Saya juga pernah rasa kecewa!Anda rasa give up?Saya juga pernah rasa give up!Anda rasa lemah?Saya juga pernah dan masih rasa lemah! Anda rasa ingin menangis?Saya juga sering menangis! Apakah yang anda lakukan untuk atasi semua itu??? *tepuk dada tanya iman anda yang masih berbaki :') aceceh permulaan yang ala-ala press gitu >_<'' hukhuk btw hari ini ambil mood nak bagi tips kat korang semua untuk atasi rasa putus asa or give up :D actually tips yang tak seberapa ni lah yang saya selalu guna dalam hidup saya.Moga dapat membantu dan dapat memberi manfaat kepada anda ye :p

First perasaan ini akan datang apabila kita menghadapi satu situation yang agak sukar untuk kita lalui.Selalunya sebab kegagalan!Anda pernah gagal?Saya juga sering gagal!kita sama tapi tak serupa,heh~ bila kita gagal kita akan lebih memahami makna gagal itu :') Kegagalan itu seakan satu perkara yang telah sebati dalam kehidupan insan.Namun,tiap kali kegagalan itu menerpa kita,ketabahan dan penerimaan masih tiada :'( malah akan terbit kekecewaan.Sedangkan ini adalah perkara lazim dalam kehidupan.Setiap kali kegagalan itu berlaku,terlalu sukar untuk diterima oleh hati.Hingga kegagalan itu membawa kepada putus asa!


Lawan Perasaan Putus asa!

 Bila perasaan itu datang,banyakkan istighfar & bukalah warkah cinta dari illahi buat kita serta banyakkan berdoa mohon jauh dari putus asa.
 Kemudian Menangis adalah cara saya lepaskan kekecewaan.Lepas tu kita akan rasa lega sikit. 
 Saya juga akan cari seseorang yang dipercayai untuk luahkan apa yang dirasa dan minta kata-kata semangat darinya.Sebenarnya dia menjadi a good listener pun bagi saya sudah cukup.
 Jangan duduk sorang-sorang dan termenung sebab time kita lemah macam inilah syaitan akan cucuk-cucuk kita dengan jarumnya! Sebaliknya sibukkanlah diri atau carilah sesuatu perkara yang boleh dibuat untuk melupakan seketika masalah itu*kalau saya makan coklat >_<'
 Bangun semula selepas jatuh tanpa menunding jari pada sesiapa disamping Sentiasa bergatung harap hanya pada Allah,Mohon pertolongan dan bantuan kekuatan dariNya.
 Menganggap apa yang ditimpa adalah ujian dari kekasih buat hambanya untuk menguji sejauh mana kasih Cinta kita padaNYA.Allah mahu melihat adakah kita akan putus asa atau tidak?
 Jangan terlalu memikirkan apa yang berlaku sebaliknya belajarlah untuk membaiki kesilapan-kesilapan yang kita lakukan.
 Tanamkan keyakinan yang tinggi bahawa Allah tidak akan uji kita jika kita tak mampu.Selalu ingatkan diri bila aku yang menghadapi ujian itu dan bukan orang lain ini adalah kerana aku mampu!Allah sentiasa bersama kita.Sekali pun tidak pernah meninggalkan kita :')



Tapi saya lebih suka menangis bila menghadapi saat-saat yang genting.Kemudian buka dan membaca kitab cinta al-quran serta maknanya.Selalunya apa yang kita baca akan dapat mengembirakan dan memberi semangat pada kita.Pilih sahaja surah apa,muka surat apa,Janji kita baca dengan penuh ikhlas dan pengharapan dariNya.Insyaa Allah,kita akan terasa indahnya.Subhanallah,Allah ada buat kita.Janjinya Pasti Berlaku! Yakin..Saat itu air mata kesyukuran akan mengalir :')

"Berlarilah terus hingga ke garisan penamat,kerana perlumbaan yang tidak sampai ke garisan penamat  tidak akan pernah selesai "












✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

4 comments:

Anonymous said...

ujian tu buat dri kta lebih matang :)

combi said...

tq for share :)

Diari Si Froggie said...

wasalam.. dalam hidup setiap ujian yang datang dan pergi akan menjadikan kita lebih kental. Tips nie sangat2 berguna najah, tips yang boleh menenangkan hati :)

*Kak dah masukkan blog najah dalam bloglist april-jun 2013.. tq tau najah sudi join :)

Unknown said...

alhamdulillah,setuju banget sama kalian.. ujian mematangkan kita kan?kan >_<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...