Tuesday, 16 April 2013

Dia Lagi? Ya! Kerana saya sayang dia!


Hari itu , penyokokng PAS berusia veteran bersama yang muda segar dari PENDANG melawat TGNA di Pulau Melaka sempena lawatan tarbawi. 

Gembira mereka kerna hajat untuk bertemu dengan jarak dekat tercapai. Lalu situasi agak beremosi . Sudah lama berbicara .

Semua diam .. 

TGNA sambung ; " Ambo ni dak tak berapa nak larat. Ada yang suruh saya berenti sebab faktor usia dan kesihatan " . Tok guru berhenti , kami yang hadir menarik nafas , kemabang kembung dada . Sebak.
Argh.. Situasi menjawab. Sebak. Ya Rabb..

Seorang pak cik tua berseka air matanya mencelah ; " Tapi tok guru , Rasulullah berjuang sehingga wafat. " Di lap air jernih panas yang mengalir.

Tok guru angkat kepala ; " Sebab itu ambo malu pada Rasulullah ( untuk berenti perjuangan walhal hayat masih dikandung badan ) "...

Empangan airmata kami deras . Ya Rabb, panjangkan usia Murabbi Ummah ini..


p/s : Gambar Tuan Guru dalam majlis rasmi. Beliau terawal. Seribu makna gambar ini. 



Ya Allah,Ya Tuhanku,aku tidak berdaya lagi untuk menjaga agamaMU di Kelantan kerana amat kuat serangan yang datang dari pelbagai cara,oleh itu aku minta padaMU pertahankanlah agamaMU sebagaimana Engkau pertahankan rumahMU dari serangan tentera abrahah..

p/s : doa Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat :'( 
Menitis air mata mengenangkan jasanya memperjuangkan ISLAM di bumi itu.
Percaya Saat Orang lain tidak percaya!









✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...