Assalamualaikum :') alhamdulillah masih diberi peluang untuk terus bertinta diblog ini.Moga dapat memberi manfaat kepada semua.Hari ini tiba-tiba teringat kejadian yang berlaku depan mata najah sendiri dan ramai juga sahabat najah yang melihat kejadian tersebut.Tujuan najah buat entry ini bukan untuk menjatuhkan aib sesiapa tetapi hanya untuk sama-sama kita ambil ikhtibar.Sungguh kami tersentuh pedih hati dan rasa nak menitis je air mata tengok apa yang berlaku tu.Kejadian ini berlaku time before kami masuk dewan peperiksaan untuk final exam sebulan yang lepas.
Kami yang kusyuk tengah duduk depan dewan sambil selak-selak buku untuk persediaan akhir before masuk dewan terkejut sebab tiba-tiba seorang 'wanita' menegur seorang 'mak cik' yang sedang menyapu sampah dekat-dekat kami dengan nada dan ayat yang agak kurang sopan bagi kami."Mak cik,sapu la dekat dalam ni dulu,baru la sapu dekat luar tu" sambil buat muka bengisnya.Kami yang dengar dan nampak terkejut.Jelas dari riak muka mak cik tu dia kecil hati.Dah la 'wanita' tu cakap kuat dan depan orang ramai (kami).Mungkin mak cik tu malu :'( dengan akurnya mak cik tu terus masuk ke dalam dewan.
Lepas kejadian tu kami semua terdiam dan hanya mampu menggelengkan kepala tanda kecewa.Seorang sahabat datang kepada saya dan tanya "najah,nampak tak apa berlaku tadi?"."nampak dan dengar apa.sedih la kenapa kena cakap macam tu.Mesti mak cik tu malu.Nampak tak muka mak cik tu.rasa nak nangis je tengok.Sampai hati dia buat macam tu.Tau la mak cik tu just tukang sapu kat sini tapi janganlah buat macam tu,dia ada perasaan jugak" :'( "tau tak pe Tak sepatutnya dilafazkan macam tu oleh seorang yang muda kepada yang lebih tua darinya.Tak kanlah kita yang muda nak ajar dia cara hormati orang yang lebih tua?" Jujur saya terus hilang mood nak study time tu.Nasib baik tak terbawa-bawa time jawab periksa and nasib baik lah 'wanita' tu bukan dari kakitangan universiti kami kalau tak..haishhh dah lama dah kena tazkirah dengan kami >_<''
Kami kenal sangat Mak cik tu,baik sangat.Kami sedih tau bila dia diperlakukan macam tu.Sebab kolej kami ni kecil je sebab hanya untuk pelajar asasi so kami umpama keluarga.kami tahu macam mana layanan pentadbiran kepada semua staf disini.Tak akan sesekali diaorang buat macam tu walaupun mak cik tu tukang sapu!Tolonglah hormat pada mereka-mereka ini.Tak kan hanya kerana kita ada pangkat yang lebih tinggi kita selayaknya melakukan sesuka hati pada mereka?mereka bukan hamba kita!mereka juga punya hati dan perasaan!Boleh tak kita bayangkan kalau ibu bapa kita yang berada di tempat itu?apa perasaan kita? tak sanggup kan?Jangan cepat beri tanggapan buruk pada seseorang.Mungkin mak cik tu kerja sebagai tukang sapu untuk tampung keluarga yang susah.Tapi itu tak bermakna dahulu dia tidak memiliki segulung ijazah kan?Kita tak tahu kisah hidupnya!jangan sesuka hati memperlakukan orang seperti tu.Tolonglah..
"Hargailah orang lain,Kalau ingin dihargai"
Tanpa mereka siapa yang akan membuat kerja-kerja pembersihan?ingatlah sebenarnya orang seperti tukang sapu,petani,pekerja kilang,pekebun dan yang seangkatan dengannya lah yang banyak menyumbangkan jasa kepada kita sekarang!Tolonglah hargai jasa mereka!kerja yang mereka buat tidak setimpal dengan apa yang mereka dapat.Mereka terpaksa berpanas,berhujan,menerima tomahan,menerima hinaan dan sebagainya sedangkan kerja mereka itu mulia dan halal!Ini juga merupakan peringatan buat diri saya supaya janganlah kita cepat membangga diri bila kita lebih tinggi dari orang lain.Ingatlah Kita baru naik kapal terbang dah bangga sedepa tapi Nabi Muhammad yang naik bura' naik ke langgit berjumpa ALLAH pun tak bangga!
No comments:
Post a Comment