Monday 1 April 2013

Ukhti Tolong Ana :(



Ukhti, ana ada masalah sikit la ukhti. Enti boleh tolong ana tak?

Hmm ada apa ustazah. In sha Allah, enti bagi tahu la dahulu, kalau boleh tolong ana tolong. Kalau tak boleh, ana buat-buat boleh tolong. Heh.

Eh enti ni ukhti, lawak kerang busuk pula. Macam ni, ana dengan dia tak settle lagi la ukhti. Susah la ana nak lepaskan. Macam mana ni ukhti?

Ustazah, enti biar betul. Ana ingat enti dah berterus terang dengan dia. Kenapa jadi macam ni ustazah. Tak bagsus la ustazah, kita orang dakwah, nanti apa pula kata orang lain

ukhti, ana tahu la. Tapi ana sayang dekat dia. Dia pun cakap dia sayang ana. Sayang la nak lepas. Ni kalau melepas, dapat kat orang lain memang ana akan berkurung dalam bilik selama tiga purnama tau ukhti

Ya Allah ustazah, cinta manusia bukan kekal abadi pun. Letak Allah yang pertama dalam hidup kita. Lagipun, kalau ada jodoh tak ke mana.

ukhti, enti cakap senang la. Yang menanggung perasaan panahan cinta ni ana. Enti belum rasa macam mana penangan dia. Enti rasa apa yang ana patut buat ni ukhti?

Uiks ustazah, parah ni. Beginilah, ana rasa enti kena bersabar la. Ni mehnah dunia ni ustazah. Lepaskan jela ustazah. In sha Allah, Allah akan menganjari enti dengan yang lebih baik. Lagipun kalau dia betul betul sayang dekat enti, mesti di tunggu sampai enti bersedia untuk mengikat hubungan bersama-sama

Tapi ukhtii, ana dah lama dengan dia ni. Tak bolehkah kalau ana terus macam ni. Kitorang bukan buat apa-apa pun. Dia pun bukan orang biasa-biasa. Ukhti pun kenal kan. Dia tu Muslimin Harapan Negara kot.

Ustazah, yela. Tak kisah la dia Muslimin Harapan dunia sekalipun, Ketua Bidadara Syurga, hubungan macam ni haram ustazah, berdosa ustazah.

Tapi ukhti, dia banyak bantu ana, ukhti. Sebab dia la ana kekal atas jalan ini. Dia selalu hantar pesanan kejut ana bangun qiyam. Ajak ana taddabur surah itu ini. Pesan suruh solat dhuha. Nasihat itu nasihat ini. Enti pun tak pernah buat macam tu kat ana kan..

Err..ustazah….ana malu…


Anda? Anda? Apa kata anda?

Saya yakin ramai dalam kalangan kita berhadapan dengan situasi sebegini. Di usia kita ni, ecece, saya bercakap bagi pihak pemuda pemudi di usia saya la, inilah saatnya keinginan untuk mencari pasangan masing-masing membuak-buak. Bila tengok orang kahwin, mandi pun tak kering. Nasi tiga pinggan pun habis.

Dan ada juga dalam kalangan rakan-rakan kita adapun mendapat sentuhan tarbiyyah tapi mereka terperangkap dalam perangkap cinta yang tiada mata ini.

Soalnya, apa yang dicari melalui perhubungan yang tidak halal ini? Dan kita sering menuding jari ke arah mereka yang sudah terjerat dengan hal ini. Kita menyisihkan mereka. Menyifatkan mereka ni gatal tangan, kaki dan gatal segalanya.

Salah siapa sebenarnya?

Mengapa tidak kita yang faham akan konsep Ukhuwati Fillah mengambil tindakan mencintai sahabat-sahabat kita yang dahaga akan kasih sayang dan yang mencari teman melalui perhubungan yang tidak halal itu? Mengapa tidak kita yang mengisi kekosongan dalam hati mereka?

Takut akan stigma stigma tidak matang?

Perempuan dan perempuan?

Euwww?

Bukankah sudah dirakan dalam hadis,

"Dari Abu Hurairah r.a ,Rasulullah saw bersabda,Sesungguhnya Allah swt berfirman pada hari kiamat "Manakah mereka yang berkasih sayang kerana keagunganku?Pada hari ini mereka akan aku beri naungan pada hari tiada naungan melainkan naunganKU sendiri"(HR MUSLIM)"

Mengapa masih malu dan silu untuk menghulur tangan pada sahabat, sambut dengan senyum mesra, katakan kita cinta padanya kerana Allah?


Sayangi sahabat ------> Pimpin tangan -------> Berjalan berlari ------> Menuju syurga abadi






✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

2 comments:

Unknown said...

Allahurabbi... cinta mmang tak boleh lari dari sifat manusia... kita mesti tahu bgaimana nak handlenya.. good sharing ukhti :)

Unknown said...

kan?kita perlu hati-hati menjaga hati ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...