Setelah kami terpisah selama hampir 3 tahun lebih akhirnya kami berpeluang untuk bersama semula walaupunselama 3 hari 2 malam sahaja tapi syukur banget kok :) alhamdulillah.Dia sahabat aku.First perkenalan time tu muda+berhingus lagi.Nasib Kami selalu tak baik sebab selalu dapat benda yang sama.Bilik sama sejak f1-f3,katil sebelah-sebelah je,almari pun sebelah je,kelas sama time f2 je lepas tu berpisah tapi still sebelah menyebelah jugak >_<''.Akhirnya time f4 dia nak pindah sebab dia nak ambil kos lain.So kami berpisah.Jumpa balik time ambil result SPM dan result kami sama tau kott..haha Jodoh kami kuat kan? tapi kami masih diuji dengan perpisahan lagi.Dia sambung STPM dan saya asasi di um :'( Bila cuti sem je lah masa yang ada untuk kami jumpa.So saya memang tekad sangat nak jumpa dia sebelum start sem 3 nanti.Tiap-tiap hari doa moga Allah lembutkan hati umi dan abah untuk izinkan saya jumpa dia.
Sampailah satu hari, tengah lipat baju dekat ruang tamu "umiiiii,*kemainnn panjang+lembut je bunyi haha, boleh tak kalau orang nak pegi kk?".Umi said "nak buat apa pegi sana?"."Mula-mula cadang nak pergi melawat sekolah,lepas tu nak jumpa kawan-kawan.Boleh tak?"*sambil buat muka pengharapan."Sape kawan-kawan tu?".Ha peluang datang, so apalagi,semangat cerita pumpang pumpang dekat umi.Terkejut jugak sebab lepas tu umi cakap."Okay,pergilah".Memang terkejut lah boleh pergi sebab kami adik beradik memang susah yang amat kalau nak dapat keluar rumah tanpa parents atau sedara.My brother yang laki tu pun nak keluar malam susah,ni perempuan tambah-tambah la susah.Tapi alhamdulillah,mungkin sebab anak dia ni baik+bolehdipercayai..eh?eh? *angkat bakul sendiri :p
First naik bas sorang-sorang dan yang lain semua lelaki?dan cuak lagi bila majoritinya bangla and india kot.Tapi kuatkan hati dan banyak doa time tu moga-moga selamat sampai.Serius memang takut,tapi bersyukur sangat sebab dalam ramai-ramai yang naik tu seorang pun tak duduk sebelah saya >_< malah mereka sanggup berdiri dari duduk sebelah saya? Alhamdulillah mungkin kerana saya bertudung labuh :') Allah benar-benar menjaga saya saat saya sangat takut.Saya langsung tak tersinggung bila seorang perempuan yang tidak bertudung pada mulanya duduk sebelah saya kemudian bila ada tempat kosong lain dia bertukar kesitu.Mungkin dia malu tapi kalau saya boleh bagitau dia actually saya tak kisah pun :D malah saya teringin untuk berkawan baik dengan mereka-mereka.Saya cuba memahami keadaan mereka.Saya tak kisah.Hampir tengah hari saya dah sampai dekat kk.Alhamdulillah dijemput oleh kawan saya tu naik motor brumbrum :D babak dekat stesen bas memang tak dapat dilupakan..excited punya pasal kami lompat-lompat kegembiraan dan menitis air mata kegembiraan sampai dipandang pelik oleh masyarakat*ohh malu sangat *__*'' btw kami dah tak kisah..janji happy.
Sepanjang saya dah besar ni tak pernah naik motor kat atas jalan raya,dan dia mencipta sejarah untuk saya +__+.Bukan tu je pakai topi keledar pun tak reti,haha sampai dia tolong pakaikan,and orang lalu lalang tengok je *sweet menyewitt gitu tapii tolong jangan fikir apa-apa..hihi dia bawak saya pergi makan laksa..nyumnyum :') terima kasih awakk*walaupun dia tak nak belanje,RM3.50 je punn..huh! lepas tu kami merempit dari kk ke rumah dia kira-kira setengah jam jugak perjalanan.Best jugak naik motor jenjalan.Desiran angin yang menghentam muka membuat muka kita lebih tegang.. =) bila dah sampai rumah dia disambut oleh family dia pulop.Oh speechless,keluarga dia sangat best :D dari mula-mula jejak kaki kerumah tu sampailah dah nak balik,macam-macam pengalaman yang best dengan diaorg.Paling best petang-petang kami merempit dengan adik-adik dia sekali pusing satu kampung..wahh best sangat.Malam kami bakar ayam+main solek-solek,haha memang rasa macam budak-budak je.Tapi saya punya solekan dipuji >_< yeahh cantikk2.. dia dah tempah saya untuk jadi mak andam dia nanti..see? haha
Saya sayang awakk sahabat.Maafkan segala salah silap saya sepanjang perkenalan kita.Moga kita diberi kesempatan untuk berjumpa lagi,aamiin3x.Terima kasih atas segalanya..
"Persahabatan tidak terjalin secara automatik,tetapi ia memerlukan proses yang panjang seperti besi menajamkan besi,Demikianlah sahabat menajamkan sahabatnya"
Dia adalah Sakinah Binti Kamri <3
No comments:
Post a Comment