Siapakah dia?Apakah reaksi anda bila melihat gambar ini?apakah yang berlegar difikiran anda saat menatap gambar ini?melihat dengan kasih sayang atau kebencian? mahu mengenali beliau atau tidak mahu sama sekali?entry ini bukan untuk memuja jauh sekali untuk menghina beliau tapi jujur saya tergerak untuk buat entry ini selepas hampir setahun saya mendiami bumi kelantan.Sungguh saya tahu ramai yang membenci beliau tapi saya yakin lebih ramai yang menyayanginya :') jujur saya antara yang menyayanginya !Saya sedar sekarang tengah "panas" untuk PRU 13 kan?tapi ini tiada kaitan dengan perkara tu.Tapi jika anda tidak rasa setuju its up to you :)
Disini saya memohon agar anda bukan hanya membaca dan melihat dengan mata tapi bukalah mata hati anda juga..jika tidak ikhlas membaca,saya rasa hentikan sahaja pembacaan anda kerana saya tidak mahu menjadi penyebab anda merasa tidak selesa :) .Buat masa dan ketika ini buang dulu jauh-jauh perasaan benci atau marah anda padanya.Cuba dahulu untuk mengenalinya.saya seorang student.Saya masih terlalu muda dalam dunia ini tapi saya boleh melihat yang mana permata yang bernilai*tiada istilah membangga diri disini.Saya tegaskan !saya takut untuk kehilangan permata ini :'( memang masih ramai para alim ulama' di negara ini tapi dia lain.Mengapa perlu kita persiakan?
Jujur dahulu saya seperti anda melihatnya sebagai tokoh politik ! tapi itu dahulu,sekarang saya melihatnya sebagai Ulama', pemimpin ,permata , murobbi, tokoh politik , ayah, hambaNya yang sangat tawadu' dan bila anda mengkaji dan memahami agama anda akan faham mengapa seorang ulama' itu tidak akan mungkin menolak siasah(politik) kerana agama dan politik tidak boleh dipisahkan ! Dia juga manusia biasa ! ada melakukan kesilapan.sama seperti kita tapi jauh beza kita dengannya kerana apa?kerana :
Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat
Jika tidak berkecimpung di dalam dunia politik pun, beliau tetap adalah:-
seorang bapa mithali ( diceritakan sering
mengejutkan anak-anak dan menantu bangun tahajjud dengan tegas bila di rumah ),seorang mursyid,seorang ustaz,seorang yang mahir dengan tafsir al-Quran,seorang pelajar hadis,seorang yang menghafal al-Quran,seorang cendekiawan Islam ( alim bidang
ilmu-ilmu agama ),seorang ulama,seorang pencinta buku, gemar membaca buku
ilmiah,seorang yang mahir dengan bahasa sastera
dan balaghah yang kadang-kadang salah,dimengertikan orang yang tidak faham
bahasa Kelantan dan seorang yang tegas dengan syariat Allah,
namun senang jua menitiskan air mata kerana Allah.
Dimana diri kita?sedang kita menikmati hidup yang aman dan bahagia Beliau dihina dari segenap arah dan sudut. Misalnya, posternya dikencing, digabungkan dengan gambar khinzir, dibuat banner seks lucah, dikatakan 'najis', dituduh nyanyuk dan sebagainya. Namun, beliau dengan rela hati memaafkan kesemuanya tanpa dendam.Buktinya?carilah sendiri bukti jika anda betul-betul ingin tahu ! Sejak saya belajar di kelantan,banyak perkara yang saya belajar dan jujur siapa yang sampai kesana pasti akan jatuh hati dengan kelantan*jika dia benar-benar menilai dengan mata hati+iman.
Beliau tidak kaya. Beliau tidak mewah. Malah dia menjalankan tanggungjawabnya terhadap kelantan dengan baik meskipun belum sempurna.Jujur saya sangat sakit hati bila ada yang mengutuk kelantan.Bukan saya taksub tapi anda tidak rasa kerana anda tidak pernah sampai dikelantan kan?jangan bercakap berdasarkan pemerhatian tanpa merasai ! tapi kebergantungan beliau dengan Allah membuat saya sangat kagum :')
Apabila cinta pada agama sebati di jiwa, bukankah itu lebih berharta dari orang harta berjuta?
Biarlah dunia membenci, tapi jangan lupa masih ada yang menyayangi. Begitulah manusia. Ketika ada, dicerca. Ketika tiada, baru nak menghargai. Jangan tunggu sampai bintang itu padam.
"Kelantan is the best islamic place I've met in Malaysia"
Orang tua ini nyanyuk..mereka yang kata tetapi 30 juzuk dalam kepalanya..
orang tua ini gila..mereka yang kata tapi perintah Kelantan bersih tiada selewang dan rasuah..
orang tua ini tamak dan gila kuasa..mereka yang kata tapi separuh gaji MB nya disedekah..rumahnya sederhana..orang tua ini perosak Islam pemecah ummah..mereka yang kata tapi ulama seluruh dunia iktiraf dan sanjung tinggi dirinya..orang tua ini pembawa malapetaka..mereka yang kata tapi dia tenang ,bersahaja, senyum dan sabar orangnya..orang tua ini bapa kafir..mereka yang kata Islam sangat kah mereka..???
Orang tua ini hanya mahu Islam paling diatas,
orang tua ini mahu undang Islam terlaksana,
Al Quran bukan sekadar musabaqah setiap tahun dipertandingkan,
maulidur rasul bukan sekadar berarak kerah agensi kerajaan,
Islam adil kepada semua dan berkebajikan.
Anda ada hati anda nilailah sendiri :')
2 comments:
Semoga Allah merahmati Tuan Guru Nik Aziz dan pemerintahannya di Kelantan. Saya anak Kelantan dan saya amat menyenangi pemerintahan TGNA
Sedih bace. Saya pun fikir macamtu. Saya tak pernah sampai ke kelantan lagi. Saya tak tahu apa2 pasal politik, tapi bila lihat wajah TGNA, saya boleh lihat, tapi kalau diberi pilihan untuk memilih pemimpin, saya rasa dia pemimpin terbaik. Wajah dia buat saya rasa syahdu. Ramai yang menghina dia macam2, tapi dia tak goyah.
Post a Comment