Tuesday 9 April 2013

Drama Cinta Kau & Aku adaptasi Novel terbaikk =D


Start dari lahir lagi saya ni memang suka membaca! siap dapat gelaran 'Born to read' heheh.tapi masalahnya yang dibacanya novel,novel,novel,lepas tu buku motivasi,buku haraki and buku-buku selain pelajaran,haha..kalau buku pelajaran tu masyaallah -___-'' baru bukak dah menguap..grrrrrr  pepaham je la :D tapi sekarang okay sikit dah seimbangkan mana yang lebih patut di'utamakan 'seimbang la sangatt'. Kenangan baca novel yang paling banyak and best time dekat universiti *dulu kan duk hostel,mana boleh baca benda alah ni saya kan budak baik :p hukhuk ..satu kelebihannya yang saya ada ialah ramai sahabat & family yang suka novel tambah-tambah saya punya roomate sem lepas yang sangat giler novel dan pemurah dalam membeli belah novel ni so untunglah kan :D *alhamdulillah wa syukurillah ^_^ tapiii sekarang dah jadi ex roomate :'( oh maizatul nanti jangan lupa bagi pinjam novel lagi ye.Walau bilikku di block A dan bilikmu di block B,akan ku sanggupkan diri merentasi lapangan terbang itu..haha *dah start over :p

Jauh gile lari tajuk,maafkan saya! :) huh! sebenarnya dari semalam pagi sampai tengah pagi malam  tengok adaptasi novel cinta kau dan aku ni dekat you tube sebab baru sedar cerita ni dah keluar dekat tv1 pun time tu dah episode 10 :( dah la novel ni sangat terrbest in malaysia..time baca tu ya Allah mula-mula best senyum-senyum arnab je lepas masuk konflik dia meraung kott *ke saya je yang suka feeling lebih2?haha musykil jiddan +__+ serius saya suka baca novel yang sadisss+tragedi yang boleh buat nangis guling-guling,marah sampai ketuk-ketuk meja time baca lepastu marah-marahkan si jahat tu..haha that's me :D jujur saya lagi suka baca dan tengok cerita sedih dari cerita gembira sebab saya suka nangis.Sebab saya rasa bila saya selalu nangis hati saya akan lembut dan mudah tersentuh jika sesuatu perkara yang menyakitkan tidak diingini berlaku tapi jiwa tetap kental beb.heh! Lagi satu sebab saya suka baca novel ialah 'dapat tambah banyak vocab baru atau perkataan yang best tapi jarang digunakan' dan bahasa-bahasa yang digunakan buat hati dummmm jatuh cinta dengan bidang sastera grrrr..*kata cikgu BM saya time f5 :) haha


Ha,korang dah baca belum novel ni? kalau dah bagus!tengok cerita dia pulak tau.Insyaa Allah tak rugi punyer.Kalau belum saya cadangkan anda pergi beli sekarang!hehe cepatt..nanti beli tisu sekali tau sebab nanti nak nangis guling-guling :'( btw cerita dia tak banyak sangat lari dari novel yang penting berjaya buat saya menangis+jerit kebencian sakit hati pada farish tu..Tahniah Fizz fairuz and sara Ali sebab berjaya bawak watak tu walaupun mula-mula rasa macam diaorg belakon mesti tak best.Tapi akhirnya okay jugak :') best dan yang pentingnya saya nangis! tambah-tambah episode ke 7 and 8 terserlah kejahatan hero itu.Kalau tak percaya tengok lah nanti ye tapi feel dia tak sama macam baca novel sebab kalau novel lagi over nangis haha *wuargghhh dah la tulis entry ni sambil dengar lagu tema cerita tu haha sobsob.. keluar bilik mata merah umi tanya kenapa, nangis eh?*angguk.umi ask : sebab? me : nangis tengok cerita CKDA*gedebukk kena tamparan manja dari my ummi.. haha :D *sabar je la layan anak dia yang rock ni :p

btw sekarang layan adaptasi sebenarnya dia isteri saya dan cinta dan wahyu pulak :D berkat kebaikan cik maiza saya berpeluang baca novel SDIS waktu sem lepas,heh! xiexie maii..bila bercakap tentang novel ni banyak pengajaran yang akan kita dapat!percayalah.. antara yang paling saya suka ingatkan diri ialah hati-hati dalam berbahasa!

"Berhati-hatilah dengan PERKATAAN dan PERBUATAN,jika sudah melukai hati seseorang,bagaikan sebuah paku yang menacap pada kayu,walaupun sudah dicabut tetap meninggalkan kesan.Jangan sampai ada yang terluka hati di atas kata-kata dan perbuatan kita tanpa kita sedari."

"Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur.Setiap mata yang terbuka belum bererti ia melihat.Saya percaya,esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok."









✿ Semoga Allah Redha Dengan Perkongsian Ini ✿

2 comments:

Broken_jar said...

novel CKDA mmg superb..the best la,hehe..tpi kalau drama version tu mcm kurang best sikit la bagi sy :)

Unknown said...

betul-betul :) dlm drama mmg banyak kurang ..ngehnegh saya suka episode sadiss je .. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...